Ahad, 23 Ogos 2009

aku rindu pada zaman surat dan tidak lagi wujud telefon mudah alih

tiap kali
suara di akhir talian bergema
aku harap ia akan sama
tapi memangnya ada saja kejutan
sentiasa.

tadi, aku diam dan menanti
suara di sana yang katakan "hello"
jantung dalam sarangnya
asyik bermain gendang
dan bila mana suara itu sampai
"ah, kapan lagi begini ?"

manusia selalunya jelek
dengan perkara yang tidak pasti.

aku sendiri
jelek dengan yang tak ada konstensi.


nota kaki: dia seperti sudahnya bukan lagi dia. mungkin aku yang masih aku harus belajar terima yang baru.

Rabu, 19 Ogos 2009

aku bilang sama karma, pergi menjauh kerna percaya aku sama Dia

tapi masa ini
aku mau simpan
tapi rasa ini
aku mau kenang
sampai akhir.

walau hari ini
bukan yang terindah
saat celiknya mata.

nota kaki: aku tertanya ini kah ukhuwwah ? ya, aku buta akan manisnya dia.

Rabu, 12 Ogos 2009

bila di soal kenapa kau sukanya bicara hal lainnya dari bicara kongsi rasa.

jangan harap
ada yang paham
sebabnya
yang kau lalu itu
jalan asing buat dia

apa kau kah yang cari
apa kau kau yang pilih
ini siapa yang hadiahkan ?

pastinya
barangkali
ini lah yang paling baik
walau kau bisu
tak mampu
untuk kongsi sama siapa siapa.

kerna

ini bagi kamu
hal berat
in bagi kamu
hal asing

bukan semua yang mahu itu mampu
menadah
mendengar
merasa

barangkali
ini yang terbaik.

barangkali.


ogos 12, 2009
1.47am

nota kaki: tuhan, kurnia lagi tenang dalam gundah penat dunia.

cacatnya kita tanpa sedar

yang sentiasa mahu
akan yang sempurna
pastinya merasa diri
yang paling sempurna

sedang aku memandang sinis
pada yang sempurna yang kamu rebutkan

apa ?
kau pikir wujud yang sempurna
di dunia fana kekalnya bukan ini

aku yang cacat
pasti mau yang juga sama cacat

benarlah !
enggang dan pipit
mana mungkin mencicip kopi yang sama

nota kaki: mencari yang cacat dalam segala yang sempurna yang mereka lihat, agar ada rasa hamba dalam diri kamu.

Isnin, 10 Ogos 2009

seorang itu ramai untuk yang sayang dia dan cukup dia

apa kata hati
bila sudah
dilihat
dicarik
diberi

apa mesti benci
bila yang mau
tak ada depan diri

bila hati dan jiwa
mainnya lagu terasing
dari yang rutinnya
sungguh

mungkin senyum.

dalam tidur
dalam jaga
dalam diam
dalam ketawa

untuk dia
syukur
atas nyawa
atas hidupnya jiwa.

ogos 10, 2009
2.07am

nota kaki: aku dah ditarik tangan, disuruh berdiri lagi oleh ayat ayat yang di karang orang dia. tapi aku percaya ayat itu juga dari dia.

Ahad, 9 Ogos 2009

hari: sunyi senja

makin senja
makin sunyi jiwa.

mahunya penuh,
namun makin sayup
hari hari yang bakal tinggal.

moga ada hari yang ternanti.