Jumaat, 29 Mei 2009

hati hati yang di bolak balik Tuhan

hati ini sering kali berubah
harini berada di Tehran
esoknya terkinja di Kaherah.

hati ini tidak mengerti kalimah berdiam
sering meronta menjerit meminta keluar
mengharap ada yang dengar dan membelai.

hati ini tidak pasti lagi apa mahunya
dengan apa yang dikurnia serba serbi
cukup setiap satunya
kecuali
ini yang dikehendakkan
hati seringnya penuh bernafsu, kan ?




moga Tuhan beri cahaya menghijab kau hati dari yang camping.

Nota Kaki : baru menyedari sesuatu yang telah lama ada itu tanda kau tak cukup perhati dan merasa setiap saat atau mungkin benteng yang tinggi telah di bina menghalang lihat.

rindu yang datang tak berjemput

semalam aku mahu dia
tapi mana nak di cari ?
tak aku tahu
buat penghilang dahaga

agar luluh jiwa aku ini
ada dia cerahkan
ada dia hiburkan.

oh Tuhan
ini mujahadah kau kurnia
aku yang lalai lemah
terasa berat untuk menghapus rasa.

dan Tuhan
aku memohon
dengan penuh rendah
duduknya antara aku dan Tuhan
kuatkan jiwa tegarkan minda
agar mujahadah ini
menjadi sebahagian dari yang kau rancang
menjadi lipatan yang indah di akhir nanti.


Selasa, 26 Mei 2009

noktah noktah gigih

dia letak noktah besar
atas sebab yang mungkin aku sedar
atas firasat yang entah kebenaran letak di mana.

aku kah yang menjauh
atau dia yang terlebih dulu menghilang.

Nota Kaki : benarlah, jangan berharap pada yang diberi nafas yang meminjam nyawa.

buangkan dalam tong sampah saja

kan mudah memori pakai buang
tak akan kekal menjadi hantu dalam kelam

kan mudah rasa yang mudah hilang
tak menjadi barah meraung sakit tak hilang

kenapa susah
untuk buang sesuatu yang bukan hak aku menyimpan

ada yang sudi membantu ?
agar mudah aku lenyapkan itu dari kotak jiwa.

Nota Kaki : dia lakukan usaha aku membuang makin payah.

Isnin, 25 Mei 2009

masa; kenapa yang datang ini tidak kau bilang

sisa berbaki berapa sahaja lagi. bukan aku tak sedar, bukan aku tak mencatu.

mereka tertanya, apa yang aku takutkan. itu juga asalnya aku.
entahlah.
tapi yang pasti aku gerun akan apa yang menanti di sana walau tahu ada yang pasti tersenyum menyambut. takut itu tak akan hilang dek senyum mereka yang penuh rindu cinta.

Nota Kaki : tamatnya pengajian semester ini menjadikan aku takut akan masa depan.

Sabtu, 23 Mei 2009

adrenalin yang tegar menjiwa menanti tiba

menanti adrenalin mengalir.
lama sungguh.
fungsinya diam
entah menanti apa.

hari ini, usai sang matahari
menunduk senja
adrenalin membuak berkata
"aku mau keluar !"

Nota Kaki : membaca menafsir hanya punya kita. tapi yang asalnya, yang fitrahnya; bukan hak kau untuk menunding salah dia.

Khamis, 14 Mei 2009

Moga kau pupus

Bila datang bayang kamu
aku pukul kuat
agar lenyap
agar hanyut.

Nota Kaki : Hidup memberi erti besar pada yang tahu harga semua di keliling. Sayangnya, manusia memang tak pernah melihat tanda harga setiap satu.

Selasa, 12 Mei 2009

tak mungkin akan kita tafsir akhirnya

aku tinggal dia
di hujung penjuru sana
menguji menafsir cuba memahami

aku tinggal dia
di sudut sorok sana
berharap dia datang
mencari meminta minta

aku tinggal dia
dibalik tembok Cina
agar tidak kembali menjadi hantu
moga hilang luput dari yang gila
tiada kesan dalam jiwa


kalah dengan emosi atau nafsu ?

Dia masih ada masih dikisahkan masih dicari
Cuma bezanya,
dia tidak lagi mencari meminta malah tiada kesan akan dirinya


Hipotesis akhir cuma,
kau bukan siapa siapa.
HARAP SEDAR !!

Nota Kaki : Ujian dan eksperimen yang kita lakukan setiap satunya bukan semua berjaya menghasilkan inferens yang diharap sama dengan hipotesis dan kesimpulan akhir. Jadi, bersiap sedialah dengan setiap satu darinya.

"....We women know that we are the guardians of its secrets. Because of this force we are doomed to wander a dangerous, hostile world, because we were the ones who awoke it and because there have been places where it was considered abomination. Anyone who comes in contact with this force, however unknowingly, is bound to it for the rest of their life. It can be your master or your slave..."
Brida by Paulo Coelho, Page 139.

Rabu, 6 Mei 2009

a wall, line & to hold hands

Trying to find my way back
trying hard, hoping and risking every seconds of it

Will you be there to hold my hand
when i fall
while i try to get back on my feet
the hours i cry to mourn my choices
on the day i don't see any lights at the end
fail to raise up upon others
will you ?

It's okay to say no
i'll hold them myself *smile*


Nota Kaki : dalam jalan hidup, tak harus mengharap sangat pada makhluk, kerna yang dicipta itu semua dasarnya sama. Alpa, lupa & leka.

Terkini : Aku cuba menggores garis tebal dinding kukuh antara kau dan aku. Sila cuba jangan mampir, ya ? Maaf, kau layaknya dengan lebih elok.

menjadi yang kontra

jika kau aku buang
dari hidup yang punya aku
resahkah akan kau ?
jika aku tiada lagi mahu
melihat merasa akan hadir kau
adakah lagi kau di situ ?
jika adanya kau di situ
menjadi sebab tiadanya aku
merasa apakah kau ?

aku mahu segalanya ada kau
tapi merasa tidak perlu begitu

because you are such a distraction to me !!



i know that

we both try so hard
more than anyone can be
that i know.

but sometimes
what we have is
less than what we bargain for.

and here's the thing
if its not for now
its for the future

that is what keep me going
and i hope
you will to, my friend.

Isnin, 4 Mei 2009

to those who matters

i hope i don't see you
at all
it's not that i don't want to
it's that
that
i think its the RIGHT thing to do

to not seeing you,
i wish you well.

Nota Kaki : Terkadang apa yang kau ingin sebenarnya kumpulan nanah dalam hidup