Sabtu, 21 Mac 2009

menggila bersama teman memangnya indah, bukan?

menggila
iya, kau dan aku
hingga entah apa yang di bicara

bagi yang lain
bualan kita kosong semata
iya kah, teman?

(ketawa)

kenangan mesra 
menggila
bersama kau
tika yang lain 
di alam mimpi semua
akan aku pegang
erat hendaknya
memori yang satu ini


budi menggila kau
kepada aku yang kosong
hampir terisi sudahnya


Moga Tuhan balas segala semua.
terima kasih setinggi awan tertinggi

Jumaat, 20 Mac 2009

sungguh aku mahu semua kata hati di kongsi sama kamu

kawan
jenaka apa perlu aku lontar
agar ringan beban jiwamu

sahabat
kata apa harus aku bilang
agar hilang serabut otakmu

aku yang bisu 
mungkin
aku yang kurang
iya lah.


maaf.



ingin aku khabarkan pada semua kalian jelata

ingin hati yang satu ini
akhirnya aku turut

kau tau
pasu putih balik tingkap kecil
yang nantinya
akan sering sambut
pagi siang ku

pasu putih
sihat sihat lah 
aku ingin lihat kau mekar

temankan waktu sunyiku
wahai pasu putih
iya, kau yang tercantik


namamu apa
wahai pasu putih


(diam)

Khamis, 19 Mac 2009

bicara kamu tidak selari dengan masa aku yang bergerak berdikit cuma

bagaimana 
membicara chenta tanpa kenal MahaNya

aku sendiri takut
kisahkan soal hati dan sayang
mungkin kekal entah hilang


sungguh


yang dapat ceritakan kisah mereka
hanya terpilih dari berjuta


yang pasti
bukan aku buat tika ini


pagi yang menyambut siangku itu masih

ada dia di situ
tetap sama 
seperti semalam

langit masih biru
bayu sapaan lembut
mega putih tersenyum


tapi


mana kau 
yang katanya akan
diam bersamaku 



Selasa, 17 Mac 2009

kau sendiri tahu api itu panas bahangnya bukan sedetik cuma

dekatkan diri pada sang Api
hangatnya terasa
lecur tangan berbekas parut
kekal diamnya

gemarkan api itu padahnya
alang terbiasa
kekal kamu di dalamnya
perit menghambat
akal meraung 
hati diam bisu pekat


helakan nafasmu
biar padam api terik itu
biar sejuk kelilingan kamu


bernafaslah dengan dalamnya
moga kau tenang 
tanpa Sang Api 

api itu hadirnya 
hanya untuk membakar


sedarlah sayang.

dua itu sukar diluah kata

aku sukar membaca
apa di dalam kamu
butakah aku

hijab mungkin

khabarkan pada ku
kisahkan apa di dalam kamu
aku mau mengerti 
siapa kamu

satu itu mungkin juga infiniti buat aku

pertama
yang awal permulaan
putih itu yang suci
tiada noda pada semua

aku mau yang begitu

selama kekal di sini 
yang tidak pasti bila
biarlah yang pertama berakhir 
dengan asalnya