Jumaat, 27 November 2009

tak terisi lagi dengan yang nyata.

dalam kelam
aku fikir hari ini
patutnya yang tercantik

iyalah
ini hari lebaran
di sambut orang sana sini

tapi aku
hanya duduk berteleku
sambil dalam minda bersarang
apa harus aku pincangkan semuanya ?

kota beirut
kau satu yang asing
dengan yang diberi nikmat
tak terkenang hanya dibuang.

moga dapat anugerah
dari Yang Indah
agar semuanya
bangun dari lena yang panjang.

nota kaki: raya yang hambar dan rumah masih lagi kosong.

Tiada ulasan: