Selasa, 30 Jun 2009

belok dari yang lurus

apa yang mahu hati
terkadang menipu
jauh dari apa yang sebenar

bisik hati juga
terkadang menyimpang
dari yang asal mahu diri.

Jumaat, 26 Jun 2009

sukar

sakit yang tak pernah kita minta
luluh yang tak pernah kita cari
duka yang tak pernah kita mahu
resah yang tak pernah kita pinta

tetap akan memburu

itu kan hidup
yang Dia tuliskan
atas sebab satu
yang hanya tahunya
DIA.


usah merengek
usah bersoal
diam tafakur membaca
bicara dari Dia.

Ahad, 14 Jun 2009

layak kah ?

harusnya
aku pohon takdir yang seperti dia
tapi aku mahunya
takdir yang lebih cantik dari dia.

Tuhan Yang Maha Mengerti
kurniakan aku yang lebih cantik dari dia.

hei
layakkah ?
meminta sesuatu yang bukan padanya.

Sabtu, 13 Jun 2009

. . . .

“Assalaamu alaikum Ahliddiyaar minalmu’minin walmuslimin, wa Innaa Insya Allah Lalaahiquun, As’alullah lana wa lakumul’aafiah..”
salam sejahtera atas kalian wahai penduduk penduduk dari mukminin dan muslimin, semoga kasih sayang Allah atas yg terdahulu dan yang akan datang, dan sungguh kami Insya Allah akan menyusul kalian.

teman.

ke mana kau ?
aku mau ikut, boleh ?
sudi kalau aku menjadi teman, tak ?

ah.


tapi kau dan aku,
mana sama, kan ?

tetap,
kalau diizin,
aku mau jadi teman.

Jumaat, 12 Jun 2009

titik sahaja.

hati otak minda jiwa,
entah mana yang aku harus fikir,
berkecamuk semua di dalam dia
huruf yang digabung itu menjadi nama
yang langsung jika terjatuh pada retina
mengalir air mata.

oh Tuhan,
kuatkan dia,
hati otak minda jiwa,
masih ada yang perlu dijuangkan,
tetap sehingga hilang nafas yang dipinjamMu.

Al Fatihah.

bersoal apakah akhir jilid kitab aku seperti kau ?
penuh berharap agar kisah aku ini habisnya seperti atau lebih indah dari kau.

Selasa, 9 Jun 2009

sampah

ah
malas !!
pergi menjauh dari aku !

bukan aku suka sangat sama kau !

takut

takut
bila kita katakan itu
pasti semua akan tertawa

mereka sangka
kita ini orangnya gagah

ya,
orangnya gagah !

satu kata

hari ini aku sepertinya
mahu menjeritkan satu sahaja


bodoh bodoh bodoh lah
kau !

Isnin, 8 Jun 2009

kekosong

sekarang
aku rasa putusnya
untuk hanya diam tanpa berkata.

mahu se-ayat cuma
walau se-kata biasa.