Khamis, 23 April 2009

Sambil telinga kuping ini disumbat ayat ayat chenta dari Blue October itu.

Ada satu suara berselingkuh di balik rasa aku.
Kau mahunya apa, hati ?
Yang elok di mata di katanya baik belaka. tapinya terlalu elok.
Yang buruk di mata di katanya buruk tidaklah sesuai dengan yang mendatang.

Habisnya ?
Mahumu apa ?

Yang biasa biasa saja ?
Tapi kan katanya mahu jadi yang luar biasa.
Harusnya untuk yang luar biasa, pasangnya luar biasa juga.
Bukan ?

Ah, hati ini apa mahunya ?

Khabarkan agar jelas di firasat ini.
Katakan yang jelas agar mudah aku mengerti.



Ah, hati ini apa mahunya ?

Tiada ulasan: