Sabtu, 11 April 2009

dia itu rupanya belum pernah ujud

dia itu, kau tau. mulanya aku lihat pun tidak, ingin jauh sekali.
dia itu, aku pikir. sama saja dengan warna lainnya. iya, serupa.
dia itu, aku ingat. mula dekat, makin dekat, sangat hampir.
dia itu, aku rasa. ada dalam ini, dalam ruang kecil aku.
dia itu, aku harap. tahu, sedar akan bezanya dia dalam aku.
dia itu, aku pohon. jangan menjauh, usah menghilang.
dia itu, aku mahu. bahagia beroleh apa dicari, apa dipinta.
dia itu, aku ingin. senantiasa ada sampingan aku, buat bicara.

mahu kau, wahai dia?


ah, bukan aku yang tau dia, pikir dia, ingat dia, rasa dia, harap dia, pohon dia, mahu dia, ingin dia.
itu pasti yang lain.

Mengertilah.



Usah jadi bodoh yang tangisnya buat yang bukan siapa-siapa.

Tiada ulasan: