Selasa, 7 April 2009

dekatnya makin terasa pabila risau dan bertanya kenapa dan kenapa.

entah di mana nak aku mula. setelah bergalak tawa bersama, aku pulang dengan hati yang sarat amat. dengan nafas tersekat di ruang rongga. aku menahan tangis.

kau sendiri tahu, oh. atau mungkin tidak. tapi kau dekat pada aku. terdekat antara ramai. mungkin kau rasa kau hanya debu sama seperti mereka. iya, sangat beribu di keliling aku. dan aku tidak pernah nyata lafazkan kau bukan seperti yang lain.

malu.

mungkin kau terlalu besar dari debu yang lain hingga tersekat dari ruang suara untuk lafazkan. gagal.

harapnya kau tahu. risau aku kerna itu. tanya aku juga akan sebab yang itu. tegur aku juga atas yang itu. mengertilah.

aku bukan macam yang lain. mudah menyusun kata. sukar, sangat.

aku harap,
kau tanya selalu.
kenapa aku tidak ada. kenapa aku kurang tawa. ke mana aku. bagaimana hari ini aku lalu. apa firasat aku akan hal itu. bagaimana aku.

kerana, soal soal kau buat hari aku bagai disuluh lampu neon.
kau tahu?

ah, mungkin kau tak ada langsung rasa
ingin tahu dan ambil tahu.

* hari ini hari paling gampang dalam hidup di sini mungkin. banyak yang terjadi, dan kau tidak bertanya walau sekelumit. mungkin tidak penting, kan. iya.

Tiada ulasan: