Khamis, 16 April 2009

Cinta yang tersayang, aku di sini.

Kata dia, sikit saja. Garis akhir itu. Hanya sedepa akan kamu, sayang. Jangan lelah, usahlah patah. Terus melangkah walau seberat bumi beban kau rasa, kasih.

Kata mereka, kau boleh bukan? Ya, aku juga tahu akan itu. Tapi kau gusar dan hampir gila. Itu juga aku perhati. Ah, apa yang boleh kau kata. Itu mungkin yang tertulis, yang sudah termaktub.

Cinta, kau sudah hampir ke situ. Gagahlah, tak perlu kau berlari. Cukup sekadar berjalan. Anggap saja ini seperti ketika tempohari kau di Tanah Syam.

Sayang terlalu cinta kamu.

Tiada ulasan: