Selasa, 28 April 2009

Hari ini, sisanya cuma itu.

Kurang yang gembira
Tiada yang ceria


Yang tinggal
hanya

kiraan
kertas-kertas
sisa hari-hari


Kurang yang gembirakan, mampu buat aku menggila gelak sejak hari belakangan ini. Yang ada pun, seorang dua yang muncul pergi macam biskut. Adik-adik di keliling. Dan juga anak-anak kecil. Ya, itu saja.

Syukur apa ada !


Nota Kaki : Kau harusnya khabarkan aku cara untuk cukup senyum lengkap tawa semua.

Isnin, 27 April 2009

Cukuplah tu, bila agaknya puas akan kunjung?

Esok sudah mula masa tidak bermain lagi. Patutnya semalam sudah dimulai, tapi aku ini masih ingin bermain walau seorang diri cuma. Yang lain udahnya sibuk berhenti dari main-main, macam aku ini. Bila itu aku yang tetapkan ke atas aku yang seorang ini untuk berhenti sudah bermain. Iaitu, esok harinya. Ah, mungkin selepas usai solat Isha barangkali aku harus sudah cukup dengan main-main.

Mula serius, ya !

Nota Kaki : Aku cuba untuk serius, fokuskan pada kertas-kertas itu.

Glosari : main-main, main; bukan main badminton atau batu seremban.

Ahad, 26 April 2009

tembok gagah tambakan bisikan busuk.

apa sudah habis semua
mungkin sudah termaktub
dalam kitab karma qadar itu
seorang itu lebih indah untuk kamu

bukan tiada di kelilingan
ratusan jiwa di luar itu
menanti jika sudi

tapinya
setiap saat mula beramai
ada bisik dalam jiwa
yang menyuruh jangan menipu
ini tidak pernah kekal tidak akan, tidak mungkin.

tapi kenapa, soal pada jiwa
yang lain mereka itu
beramai saja seluruhnya
kekal juga sama berdekad lamanya

Bila mungkin dapat jauhkan bisik busuk itu
dari terus membikin tembok gagah
di kelilingan aku
menjauh dari mereka yang kunjung

Putusan yang bukan seperti di harap, tapi teruskan jalanan. itu juga syukur dariNya

Nota Kaki : Mungkin perlu obah cara jiwa dan minda berputar.

Sabtu, 25 April 2009

takkan asyik bersoalan, mana jawapnya?

kalau lelah, kau bilang saja sama kita.
nanti kita tiupkan nafas baru
hembus kuat kuat, biar kau jaga
ya ?

kalau bimbang, kau bilang juga sama kita.
nanti kita usir keluar sang bimbang durjana
biar kasar usir dia, pentingnya cuma kamu
ya ?

kalau sunyi, kau bilang juga sama kita.
nanti kita bersama bergelak menggila
biar hilang sunyi itu diganti mesra kau dan kita
ya ?

kalau mahunya kau diam,
ajaklah kita bersama
jangan kau seorang cuma diamnya
ya ?

Hei kau, marilah !
Jangan asyik diam tanpa bicara. Penat kita soal tiada balasnya.

Entah apa dalam fikir aku ini. Esoknya ada ujian merayau pula fokus ke sana ke mari.
Nota kaki : Ada yang melihat menafsir tulis tulis dia ini ?

makhluk itu bertanya sama kau.

bila perlu aku kata welcome
bila mereka katakan thank you kah?

terkadang dia itu lagaknya bagai makhluk
asing dari dunia kita, kan ?
tak mengerti dia cakapnya kita
tak mengerti kita bahasanya dia
walau bunyi dan kosa katanya hampir senada

Kenapa, ya ?

Ah, datanglah jiwa penuhi ruang nan satu.
Nota kaki : esoknya perlu lebih tekun penuh penuhkan hari hari kau dengan nota selingkuh, ya !

Jumaat, 24 April 2009

masa yang kurang cukup buat aku

Ah, alasan persis yang selalu.
itu yang kau bilang
bila terbentang antara kau dan dia
semuanya 24 semata

ambil lah
setiap dikit setiap itu
dengan penuh satunya
ok ?

selamat menempuh minggu yang penuh penuh dengan nota nota yang berselingkuh tersimpuh atas meja bacaan ! senyum lah :)

Khamis, 23 April 2009

Sambil telinga kuping ini disumbat ayat ayat chenta dari Blue October itu.

Ada satu suara berselingkuh di balik rasa aku.
Kau mahunya apa, hati ?
Yang elok di mata di katanya baik belaka. tapinya terlalu elok.
Yang buruk di mata di katanya buruk tidaklah sesuai dengan yang mendatang.

Habisnya ?
Mahumu apa ?

Yang biasa biasa saja ?
Tapi kan katanya mahu jadi yang luar biasa.
Harusnya untuk yang luar biasa, pasangnya luar biasa juga.
Bukan ?

Ah, hati ini apa mahunya ?

Khabarkan agar jelas di firasat ini.
Katakan yang jelas agar mudah aku mengerti.



Ah, hati ini apa mahunya ?

Khamis, 16 April 2009

Cinta yang tersayang, aku di sini.

Kata dia, sikit saja. Garis akhir itu. Hanya sedepa akan kamu, sayang. Jangan lelah, usahlah patah. Terus melangkah walau seberat bumi beban kau rasa, kasih.

Kata mereka, kau boleh bukan? Ya, aku juga tahu akan itu. Tapi kau gusar dan hampir gila. Itu juga aku perhati. Ah, apa yang boleh kau kata. Itu mungkin yang tertulis, yang sudah termaktub.

Cinta, kau sudah hampir ke situ. Gagahlah, tak perlu kau berlari. Cukup sekadar berjalan. Anggap saja ini seperti ketika tempohari kau di Tanah Syam.

Sayang terlalu cinta kamu.

Sabtu, 11 April 2009

beramaian yang mengundang gundah tika tersedar itu ilusi sebentar cuma

Entah apa rasukan dalam ini
mungkin petanda berubah itu perlu dalam pasti
makin dekat aku merangkak
makin jauh hati merasa
makin sesak nafas peritnya

mungkin perlu menjauh?
Ah, apa mungkin aku mengalah
sebelum mereka tersedar
dari segala yang indah
ada mestinya yang buruk rupa
agar kau tidak ingkar pada hukum semesta

aku lah,
yang buruk itu, yang camping itu.



Hirup saja segala tangis
pendam saja segala rasa
andai tiada manfaat
pada siapa.

ya, hirup saja.
moga hilang hausnya
moga terbang inginnya.
moga.

dia itu rupanya belum pernah ujud

dia itu, kau tau. mulanya aku lihat pun tidak, ingin jauh sekali.
dia itu, aku pikir. sama saja dengan warna lainnya. iya, serupa.
dia itu, aku ingat. mula dekat, makin dekat, sangat hampir.
dia itu, aku rasa. ada dalam ini, dalam ruang kecil aku.
dia itu, aku harap. tahu, sedar akan bezanya dia dalam aku.
dia itu, aku pohon. jangan menjauh, usah menghilang.
dia itu, aku mahu. bahagia beroleh apa dicari, apa dipinta.
dia itu, aku ingin. senantiasa ada sampingan aku, buat bicara.

mahu kau, wahai dia?


ah, bukan aku yang tau dia, pikir dia, ingat dia, rasa dia, harap dia, pohon dia, mahu dia, ingin dia.
itu pasti yang lain.

Mengertilah.



Usah jadi bodoh yang tangisnya buat yang bukan siapa-siapa.

Rabu, 8 April 2009

ada insan di sana itu tidak tahu bahasa hati untuk di kongsi

patutnya kau katakan
biar mereka tahu
supaya faham dan jelas sebabnya
mudah.

mungkin kau juga harus menuntut
ilmu berbahasa.

segalanya pada kau
tidak berbahasa, kaku.

cakaplah, luahlah, cerita pada kami.

"tapi, bagaimana?"

tiada ruang untuk ada di ruang dalam itu kerna perlu isi dengan yang yakin

apa ini yang di campak,
bergelora menggigil menggeletek ruang dalam.

tapi bukan ketawa yang aku luahkan,
tapi pedih menikam bagai disengat semut hitam,
kecil tapi pedih.

campakkan iblis
atau tujahan Tuhan?

ruang dalam aku,
terasa sesak akan adanya dia.

mungkin perlu di rodok saja,
agar keluar semua isi dalamnya.

gila.

Selasa, 7 April 2009

dekatnya makin terasa pabila risau dan bertanya kenapa dan kenapa.

entah di mana nak aku mula. setelah bergalak tawa bersama, aku pulang dengan hati yang sarat amat. dengan nafas tersekat di ruang rongga. aku menahan tangis.

kau sendiri tahu, oh. atau mungkin tidak. tapi kau dekat pada aku. terdekat antara ramai. mungkin kau rasa kau hanya debu sama seperti mereka. iya, sangat beribu di keliling aku. dan aku tidak pernah nyata lafazkan kau bukan seperti yang lain.

malu.

mungkin kau terlalu besar dari debu yang lain hingga tersekat dari ruang suara untuk lafazkan. gagal.

harapnya kau tahu. risau aku kerna itu. tanya aku juga akan sebab yang itu. tegur aku juga atas yang itu. mengertilah.

aku bukan macam yang lain. mudah menyusun kata. sukar, sangat.

aku harap,
kau tanya selalu.
kenapa aku tidak ada. kenapa aku kurang tawa. ke mana aku. bagaimana hari ini aku lalu. apa firasat aku akan hal itu. bagaimana aku.

kerana, soal soal kau buat hari aku bagai disuluh lampu neon.
kau tahu?

ah, mungkin kau tak ada langsung rasa
ingin tahu dan ambil tahu.

* hari ini hari paling gampang dalam hidup di sini mungkin. banyak yang terjadi, dan kau tidak bertanya walau sekelumit. mungkin tidak penting, kan. iya.

hari ini bukan yang terindah dan tertinggi

kau tau, kata mereka itu terkadang melekat.
sampai ke tidur di bawa, di main, di ulang.

gampang!