Selasa, 13 Julai 2010

anak kecil yang setiap yang bergerak itu ada tarikannya ada istimewanya.

ada seorang anak kecil
mata melihat ke luar tingkap
tanpa berkelip tanpa suara
terus memandang apa di luar.

ada seorang anak kecil
semua menarik hati dia
setiap satu mengundang leka
semuanya menarik aja.

p.s. how did we become who we are from what those little creatures are.

Khamis, 20 Mei 2010

cakap cakap di belakang itu apa gunanya wahai kawan ?

kata itu
terkesan dalam jiwa kau, tidak ?
kata itu
jadi mainan mereka, tidak ?

ah, manusia memang selamanya akan terus berkata.
walau tiada ilmu, tiada tahu.
biarkan saja.
yang ingin terus beranggap itu
biarkan.

p/s apa nak di kata, Dia itu tahunya lebih dari kita. paham ?

Sabtu, 2 Januari 2010

hamba abdi; moga sentiasa ada dalam diri sedar yang hina itu selalu ada.

untuk apa kita hidup ?
untuk apa diberi nafas ?
untuk apa diberi kata ?
tahu ?

hari ini
sekali lagi mereka mengetuk
mengharap terpaku
segala yang kata
segala yang rasa.

hoi kawan
hidup ini bukan hanya suka
hidup ada juga seksa dan sedihnya
hidup mahunya
yang susah lebih dari yang mudah.

hei kakak
hidup ini kan dah dikata
untuk abdi hamba
pada tuannya
lupa kah mereka ?

apa yang kau kejar
kalau tidak redha dia
pasti celaka hidup selamanya.


nota kaki : dalam diam aku memohon ada lagi yang seperti ini esok-esok hari.

Ahad, 13 Disember 2009

bila apa yang dirasa bukan untuk dia dan dia tapi dia.

hari ini,
rona merah berjalan lagi
dalam kepala ada rasa denyut.

hari ini,
rona merah matanya berat
sebelum ditutup rapat
dalam diam
harapnya esok ada lagi denyut

dalam kepala
dalam rusuk
dalam jiwa.

nota kaki : kosong, dalam penuh; mungkin ?

Jumaat, 27 November 2009

tak terisi lagi dengan yang nyata.

dalam kelam
aku fikir hari ini
patutnya yang tercantik

iyalah
ini hari lebaran
di sambut orang sana sini

tapi aku
hanya duduk berteleku
sambil dalam minda bersarang
apa harus aku pincangkan semuanya ?

kota beirut
kau satu yang asing
dengan yang diberi nikmat
tak terkenang hanya dibuang.

moga dapat anugerah
dari Yang Indah
agar semuanya
bangun dari lena yang panjang.

nota kaki: raya yang hambar dan rumah masih lagi kosong.

Khamis, 24 September 2009

september yang terusan kosong

september aku,
cepat betul berlari,
sedarnya sudah hampir separuh.

penuhkah isi kamu,
september aku ?

dalam jiwa kalung ini,
fikirnya september itu,
kosong sekali.

ya,
september aku itu,
kosong tak terisi.

nota kaki: mungkin telah silap perkiraan aku tentang september, yang diberi peluang aku isi dengan lagi cantik; namun ditolak mentah. terima aja lah.

Ahad, 23 Ogos 2009

aku rindu pada zaman surat dan tidak lagi wujud telefon mudah alih

tiap kali
suara di akhir talian bergema
aku harap ia akan sama
tapi memangnya ada saja kejutan
sentiasa.

tadi, aku diam dan menanti
suara di sana yang katakan "hello"
jantung dalam sarangnya
asyik bermain gendang
dan bila mana suara itu sampai
"ah, kapan lagi begini ?"

manusia selalunya jelek
dengan perkara yang tidak pasti.

aku sendiri
jelek dengan yang tak ada konstensi.


nota kaki: dia seperti sudahnya bukan lagi dia. mungkin aku yang masih aku harus belajar terima yang baru.